Saturday, December 1, 2012

Musafir Si Musafir

Kita ini Musafir Amal
Siapa tahu untung dan rugi
Di belakang atau di depan
Timbul atau tenggelam
Gelap atau cerah
Susah atau senang
Hujan atau terik
Gerimis atau mendung
Ke kanan atau ke kiri
Naik atau turun
Rahsia Ilahi
Sungguh misteri
Musafir si musafir 
jauhnya tiada terperi
Bekal tiada kepalang rugi...




   Jari-jemari aku gatal menaip...baru saja uncang perutku selesai di isi dengan susu Omega 3 di adun bersama Cornflakes yang rangup serta wafel berperisa strawberi. Esok aku ke Sungai Petani mengirim hadiah perkahwinan. Aku tak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan jadi, hadiah sempena hari perkahwinan itu diberi lebih awal. Mata aku layu dan berat tanda memberi isyarat bahawa kilang badan ini sudah siap siaga untuk diuliti mimpi. Mungkinkah ada mimpi? Sudah lama aku tak bermimpi hatta disiang hari pun. Hidup ini musafir yang panjang walaupun umur kita pendek kerana hakikat hidup ialah selepas mati.. 
   Kehidupan di dunia ini hakikatnya pula ialah "sebuah kematian"... ya, sungguh. Jadi, seni kematian yang macam mana aku hendak corak untuk kehidupan selepas mati nanti? Hmmmm, lampu malam menyemarakkan suasana syahdu dinihari, daripada aku berfalsafah hidup mati, baik aku tidur. Esokkan masih ada untuk aku corat-coret...eh, masih adakah esok untuk aku? Bismikallahumma ahya wa amuutu. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...